TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN
Assalamulaikum, heyyoooo semua. Moga semua nya dalam keadaan sihat sejahtera. Kalini saja nak cerita sedikit pengalaman saya masa interview (iv) nurse SPA.
๐ผ๐ผ๐ผ๐ผ๐ผ๐ผ๐ผ
PENGALAMAN
Untuk SPA ni saya dah lama dah apply sejak tamat SPM dulu lagi. Tahun 2019 dulu saya ada dapat panggilan untuk jawab exam SPA tpi salah saya juga atau mungkin bukan rezeki waktu tu saya terlepas pandang email dari SPA. Bila klasmet cakap diorang ada exam esoknya then baru saya sibuk check email saya. Tahu2 dah terlepas tarikh exam. Memang menyesal la sebab dah lama tunggu panggilan ni.
Its okay, just ambil pengajaran untuk ambil tahu email kita lepas ni.
Alhamdulillah lepas tamat matrikulasi (dalam bulan 6 mcm tu) saya dapat panggilan lagi sekali untuk ambil exam tu. Long story short alhamdulillah lulus exam dan saya dapat panggilan temuduga untuk 3 jawatan; Jururawat, Cara Kerja dan Fisioterapi. Masa tengok surat tu, rasa happy dia tuhan je yang tahu.
Fuhhh dah excited dah ni tapi SPA tak letak tarikh lagi dalam surat tu mungkin kene tunggu wabak Covid19 ni reda sikit agaknya. Tunggu punya tunggu finally, dapat tarikh iv hujung bulan 8 haritu. Banyak la prepare utk iv tu. Ye laaaa orang 1st time pergi iv mestilah excited2 gitu kan. Kalau dekat group ws tu sampai yang sabah sarawak pon saya join.
Terima kasih senior2 dan ahli group tu sudi share tips dan pengalaman. Banyak bantu saya masa iv dari nak pilih baju sampai lah cara cakap semua.
.
Okay sini saya share tips saya dapat haritu.
PAKAIAN
Kasut pastikan kasut yang betutup samada lelaki atau perempuan.Stokin sekali kene ada jugak. Kalau lelaki pakai baju putih atau warna light2 mcm tu better yang plain je. Tie jangan lupa pakai. Untuk perempuan pulak pkai baju kurung warna kasi cerah2 sikit elakkan pakai warna sendu dan gelap ataupun terlalu terang macam oren. Tapi jangan bergaya mcm nak pergi kenduri tu simple is better. Bagi yang bertudung, pkai tudung bawal kosong je, kalau pandai lilit kemas2 boleh pakai shawl. Warna tudung jangan terlalu colour block dengan baju ya...
P/s : Kalau ada, pakailah jam dan nametag.
.
APA NAK BACA SEBELUM IV?
Yang ni wajib hafal ye anak2
- nama agong
- nama pm
- menteri besar negeri masing2
- pengarah kesihatan
- timbalan pengarah kesihatan
- pengarah kesihatan negeri
- pengarah jawatan korang nak tu
- visi, misi, moto kkm
- isu semasa ( macam saya iv hujung bulan 8, so dia tanya tema kemerdekaan gitu)
- peranan/tugas jawatan
- pakaian jawatan semasa bekerja
- hari/tema/slogan sambutan jawatan
- kempen2 kkm
- vital sign*
- bmi
- cpr
- isu2 semasa (boleh baca di portal myhealth)
- tempat latihan jawatan
- Pengenalan diri
- Baca tak portal kkm? Kalau baca sila terangkan serba sedikit.
- Jawatan pilihan awak (dalam 3 jawatan yang mana paling minat)
- Bagi tugas2 jururawat di hospital
- Daripada tugas yang awak bagi tugas mana yang awak suka dan tak suka
- Ciri2/sifat seorang jururawat
- Sifat mana yang ada dalam diri awak
- Sanggup ke kalau awak kene tukar lampin lelaki lumpuh?
- Terangkan penyakit tangan, kaki dan mulut
Boleh tanya berapa tahun awak tunggu latihan separa perubatan ni?
ReplyDeleteDalam setahun
DeleteSaya nak tanya sikit bolehh .. Klau dpt surat tawaran tu mmg dia tulis dari pihak spa ke atau skdr dia bgitau ada tawaran temuduga latihan perubatan
ReplyDeleteSurat tawaran temuduga atau exam?
DeleteSurat tawaran .. Klau yg exam punya saya pernah dpt dia bgi melalui email sj .. Btw awak lepas tak iv
DeleteMaaf lewat balas, tawaran temuduga saya semak di laman web spa. Tawaran temuduga rasmi saya dapat dalam email sama macam tawaran exam, cuma email akan dapat lewat sikit daripada web.
DeleteOuh utk iv saya dulu tu, mungkin ada hikmah saya gagal. Alhamdulillah, sekarang saya dah sambung degree tahun 2 ๐ Kalau itu yang terbaik, saya doakan semoga awak berjaya capai impian awak๐
Deleteboleh tanya.. kalau contoh pemohon masih belajar d universiti dan penemuduga tanya sama ada masih bljr atau tidak apa jawaban yg sesuai ya.. ๐ ..mereka mesti tak ambil jia masih belajar
ReplyDeletePada pendapat saya lebih baik awak jujur dan bagi sebab kenapa awak masih nekad untuk masuk separa perubatan. Ikut pengalaman saya, ada juga student degree yang dapat tawaran even diorang masih belajar.
DeleteAlhamdulillah...sgat membantu...Insya Allah 1 April ni sy akan prgi temuduga kejururawatan..gementar rasanya...dri pagi smpai skarang masih cari maklumat๐ ๐ ๐ TQ AGAIN AWAK...maklumat awak bgi sgat mmbantu...bnyak yg sy trlepas pandang untuk persedian menghadiri temuduga...bila baca ni ISTIGHFAR bnyak kli๐ ๐ ๐ ada hal penting sy lupa nk sedia kn...syukur alhamdulillah Allah gerakkn hati baca perkongsian awk
ReplyDeleteMacam mana interview kak ?
Delete