KOLEJ MATRIKULASI MELAKA 2.0
Assalamualaikum semua, harini saya nak sambung sedikit sebanyak mengenai Kolej Matrikulasi Melaka. Dulu saya dah explain pasal blok asrama dengan outing kan, so harini saya nak cerita pasal kelas dengan kokurikulum di matrik.
๐ผ๐ผ๐ผ๐ผ๐ผ๐ผ๐ผ
KELAS LAB, TUTORIAL DAN KULIAH
Firstly, kita kene tahu kita ni pelajar setahun atau dua tahun. Kalau pelajar dua tahun kita ada kelas lab dengan kelas tutorial berbeza dengan pelajar setahun sebab diorang ada tambahan kelas kuliah dan subjek tambahan iaitu subjek agama/moral, pengajiam am (PAM) dengan koku.
Apa beza kelas lab, tuto dengan kuliah ni?
.
LAB
Kelas lab tu kelas korang belajar dekat makmal tu la ... untuk buat experiment subjek Fizik, Kima dan Biologi. Student sains komputer jangan ingat korang takde lab pulak eh korang ada jugak tau, nanti kelas lab korang dekat computer lab di mana korang akan belajar coding, microsoft dan multimedia etc.
.
KULIAH
Kelas kuliah pulak ni khas untuk pelajar setahun sahaja kalau pelajar 2 tahun korang akan masuk kuliah di tahun kedua korang. Kuliah ni yang korang tengok student uni belajar kat dewan besar ramai2 tu la. Kelas kuliah ni korang akan belajar satu topik tu awal sikit dari kelas tutorial ( awal 2,3 hari mcm tu la dia ikut lect ) dia more tu preparation utk memahami satu topik tu.
.
TUTORIAL
Okay kalau korang tak faham apa yang diajar masa kuliah korang akan buat latihan and belajar balik topik sama masa kelas tuto ni. Cara pengajaran tuto ni ikut lect. jugak ada yang bagi latihan untuk tengok pemahaman kita and ada yang ajar balik benda sama. Kelas tuto ni kecik sikit bilangan pelajar dia mostly dlm 20+ mcm tu je.... kalau modul 3 biasa student lelaki tak sampai 8 org pon dalam satu kelas tu ... mcm kelas aku dulu 1st year ada lah 2 ketul tapi 2nd year tu klasmet semua perempuan (tpi ni jarang berlaku tau hehehe biasa ada je wakil pelajar lelaki ) Mostly korang byk spend masa dengan klasmet tuto la sbb every subjek sama je klasmetnya and kelas lab pon sama jugak.
Tambahan : Kelas kuliah tu gabungan beberapa kelas tutorial lain. Adalah dalam 5 kelas tuto mcm tu.
KELAS PAM, KOKURIKULUM DAN AGAMA/MORAL
Okay done ckp psl klas tuto, kuliah dgn lab sekarang ni kelas pam, koku dgn agama/moral pulak. Ketiga2 kelas ni korang kene hadap masa tahun 2 utk student 2 tahun (PDT) kalau setahun (PST) tu mmg nak taknak kene la. aku guna pdt pst je la malas pulak nak type panjang2 ni.
Tiga kelas ni jugak korang bukan belajar sepanjang setahun tu tau tapi ikut sem. contohnya Sem 1, student akaun dgn sains modul 2 akan belajar kelas koku. Kalau modul 3 dgn 1 pulak belajar pam dgn agama/moral. So, next sem kita akan tukar subjek pulak. Ha... gitu le nak ringkas sikit explaination nya
.
PENGAJIAN AM
Kelas pam ni bagi aku more kepada improve kan pengetahuan am aku (nama pon pengajian am) dan cara kita berkomunikasi. Mula2 aku nak warning kat korang kelas pam ni banyak gila presentation. daripada present slide sampailah korang mock iv dengan debat. Actually ikut lect jugak cara diorang nak nilai kita sbb kwn saya dri kelas lain dulu diorang takde kene debat. and mungkin berbeza utk matrik lain rasanya sbb entri saya ni based on pengalaman di KMM je.
.
AGAMA/MORAL
Kelas agama/moral ni sama lah mcm kita kat sekolah dulu tapi banyak presentation jugak huhuhu murung.
P/s : sapa dapat kelas agama/moral dgn pam sem 1 mohon bersyukur sbb kalau dapat sem 2 penat sikit la kebiasaan student akan rasa topik2 sem 2 ni heavy and banyak hafal. dah la nak kena hafal lepastu banyak presentation pulak tu. But takpe2 its okay kalau korang pandai manage masa mesti boleh punya lah. Doa byk2 supaya dapat group dengan orang yang function kalau tak naya woiii.
.
KOKURIKULUM
Koku pulak bkn mcm universiti ye anak2. Kat matrik takde psbsm ke palapes semua tu. Koku kat matrik ni kita belajar mcm pj je tpi bkn yg korang main sukahati kat padang sekolah dulu tu. Setiap kelas akan ditetapkan sukan atau topik masing2. Ada yg dpt tennis, badminton mcm2 topik lagi lah. Macam aku dulu, aku tak dpt sukan tapi aku dapat rekreasi luar. So, ber'hiking' la kita ye. and dekat kelas koku ni jugak korang mcm satu organisasi gitcheww. sebabnya korang akan ada jawatankuasa yang pengerusi semua tu lepastu kene buat kertas kerja. Pastikan teamwork klasmet okay. Klau semua boleh tolerate and bagi kerjasama, In sha Allah semuanya akan baik2 saja.
Mesti bosan kan aku bebel dari tadi. Ni aku lanje gambar pergi bukit beruang dengan gunung datuk. Effort tu penting tau nak keluar hiking ni. Nak kene approve dari kolej, preparation and paling susah nak dapat kata sepakat.
Comments
Post a Comment