KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Assalamualaikum dan hye again kpd semua yg sudi melawat blog saya ni. So based on tajuk blog, kita tahu yg aku dapat masuk KMM. Firstly mesti korang nak tahu kan macam mana rupa matrik ni. Well, disebabkan ni just intro je gambar pon tak banyak mana tau.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

KEDIAMAN PELAJAR

K, kita start dgn blok asrama dulu. Blok perempuan ada 2 kluster, kluster A dan kluster B. Each kluster ada 5 blok. Klau blok lelaki pulak ada 1 kluster je, namanya kluster C tpi still ada 5 blok. 

For me la, blok yg jauh dri kelas ialah blok A1, A5, B4 dgn B5. Blok perempuan dekat dengan blok2 akademik. Antaranya dekat nak pergi unit (bilik lect.), pergi lab, pergi bilik tuto and pergi dewan. Klau blok lelaki pulak dekat nak dengan padang, BS (bilik serbaguna), BK (bilik kuliah), DK (dewan kuliah) dan surau. 

* Antara blok B2 dgn B3. Yg blok blakang2 tu pon blok B jugak

*from kluster C korang boleh terus nampak padang tpi based on blok korang jugak la



*Gambar ni dekat depan library. Time orientasi je ramai...kalau time kelas biasa dia tak pack pon jalan ni. Ouh and time tukar kelas selang sejam tu kadang2 korang boleh la nak jejak kasih member2 korang kalau terserempak jgn lupa usha2 crush korang masa otw pergi kelas tu tau mana tahu baju sama ke hehehe. Bangunan warna turquoise kat belakang tu la bilik tutorial 2 (BT2). Laluan belakang BT2 tu kita guna untuk ke balik kluster A dan B


*Yg ni pandangan dari depan library and tempat ni memang hotspot utk korang amik gambar especially gambar kelas. Sebesar2 bangunan belakang tu pulak ialah makmal sains. Level makmal ni disusun ikut subjek yang atas sekali tu makmal fizik, bawah dia makmal bio and dua paling bawah tu makmal kimia. Jadi memang ketibas la sapa yang amik fizik, nak2 pulak kalau kelas korang waktu tgh hari atau petang uiiiiiaiii memang lencun habis. 


MAKAN-MAKAN

Each kluster ada kafe2 dia, kitorang panggil kafe A, kafe B dgn kafe C. Yg A dgn B tu sah2 la utk perempuan klau C pulak utk lelaki. Boleh je klau korang nak pergi kafe yg utk jantina lain. Contohnya, bdk laki nak gi kafe B en... tpi dgn syarat korang kene blah dri kafe tu sebelum pukul 7 mlm. After pukul 7 tu boleh la pergi kafe korang sendiri ye. Klau bdk perempuan tak kesah la klau kau nak mkn kat kafe A atau kafe B. Klau tanya yg mna satu sedap tu aq tak boleh ckp la sbb taste org lain2 en. Nak tahu jual apa, ko masuk sini dulu baru ko tahu.

But don worry, klau nak mkn korang tak semestinya kene mkn kat kafe. Ada je yang order makanan dekat luar tapi kene amik dekat guard house depan KMM tu. Selalunya ada je student ambil order banyak2 terus then nego untuk dapat discount sikit. And korang boleh jugak pergi bakery ke koop ke. Bakery dgn koop ni ada dkt oasiswa. Haaa oasiswa tu menda pulak en? Kat oasiswa ni ada bakery, ada koop, ada cc (cyber cafe) dgn ada tempat print. Meh aq citer satu2 psl menda yg ada kat oasiswa ni pulak k.


OASISWA

Dekat oasiswa ni ada 7 kedai or bilik (lebih kurang bilik la hehehe) ;

-Bilik JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar),
-Bilik PRD (Pembimbing Rakan Dinamik),

-Bakery 
Kat bakery korang boleh beli kek, burger dgn ice blend tpi roti2 cam bakery kat luar tu not provided k hahaha. klau nak sambut bday member ke rumet ke boleh terus beli kat sini. Belon, party popper pon ada dijual kat bakery ni. Korang boleh jugak order Secret Recipe dri bakery tpi mestilah ada service charge dia kan. Btw, kat sini ada jual burger jugak tau malam2 tu so kalau tgh study tu tiba rasa nak burger boleh order kat sini.

-CC
Sebelah bakery ni ada cc. Klau nak print, kitorang email or ws je kat uncle yg jaga cc tu. Nanti time ptg2 ke atau esok ke boleh pergi amik.

-Koop
Then, koop pulak ada mcm2 kau nak beli mknn ke, sabun mandi ke, topup ke semua ada la mcm kat kedai runcit tu. tudung pon ada jual tau.

-Tempat parcel
Tempat parcel ni tempat student2 nak amik parcel diorang if guna courier selain pos laju sahaja. Klau pos laju pulak korang boleh amik kat pejabat asrama kluster masing2. Tempat ni jugak student slalu beli tiket bas nak balik rmh time cuti sem tu ataupon tiket bas nak outing gi MPDP a.k.a Mahkota Parade n Dataran Pahlawan. Tiket outing tu RM15 pergi balik, pastu sapa cepat dia dapat. Klau tiket balik rmh ikut tempat korang drop off tu. 

-Kedai fotostate
Ok last skali, ada kedai photostate. Kat kedai ni, kitorang slalu photostate lect. notes ataupon kitorang beli je terus dekat situ if lecturer dah bgi softcopy kat kedai ni siap2. Kedai ni klau dia photostate boleh je nak order dulu pastu amik esok ke lusa ke... (TIPS: Klau nak beli nota atau tiket bas better pergi beli awal2 sbb cepat habis)


OUTING

Kat sini every week boleh outing tpi lain jantina lain hari outing dia. Contoh kalau perempuan outing sabtu, lelaki pulak ahad, except hari jumaat both jantina leh keluar sama2. Tpi make sure balik sebelum pukul 7 mlm k. Kebiasaannya outing ni ada 3 tempat student selalu pergi selain balik rmh dia. 

1st pergi Pengkalan Balak. Korang boleh pergi sana naik grab RM4 dri KMM atau pon korang nak jln kaki 3km dri KMM alaaa takat 3km mcm roadrun je. Korang kene try jln kaki baru rasa puas sikit bila dah sampai laut tu. Cari kenangan gaiis. Kita duduk matriks ni setahun, dua tahun je. Why not kita wat keje gila, jln kaki gi pantai en Hahaha.
 
Okay, 2nd outing ke pekan masjid tanah. Tapi mmg kene naik grab la sbb dia jauh sikit dri KMM. Pekan ni sesuai sgt la klau nak beli brg2 sbb barang kat sini boleh tahan murah jugak harga dia. Pasar malam ada every ahad so klau bukan trikh korang kluar outing kirim2 la kat member (Jangan lupa bagi upah sikit tau)

Klau nak cuci2 mata tgk brg mahal sikit, nak tgk wayang ke atau gi watson ke aq suggest beli la tiket bas RM 15 dekat tempat parcel tdi pastu gi la MPDP. 


Nanti pergi try cari burger pink ni okay dekat pengkalan balak tu

 

Kalau nak amik gambar astu lepak2 sini okay jugak tenangkan fikiran kejap kan helok sikit dari stress manjang

Plus, klau bosan2 tpi taknak keluar ptg2 boleh pinjam basikal atau pergi jogging ke en.. dpt la cuci2 mata drpd duduk kepam diri dlm bilik je ...

*Klau jogging kan after lalu kat tepi padang tdi dgn surau korang akan lalu sini kat blakang kluster C

* Taman ni ada kat blakang blok C dah penat2 jogging tu main buaian pulak


K lah tu je utk post kali ni, nanti kita sambung lagi k. Anything nak tanya just comment kat bwh. Assalamualaikum.

UPDATE : Saya ada buat sambungan sikit mengenai kelas di KMM. Just klik sini untuk part 2🌼

Comments

Popular posts from this blog

TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA 2.0